Sumber Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
"Teknologi
dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam
keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan
persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran "
Kepentingan teknologi pendidikan dalam
- Melicinkan proses kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
- Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
- Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar.
- Membetulkan
sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan
kehidupan seharian.
- Melibatkan
pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio
akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
- Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
- Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- Ia
hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan
untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan
pengajaran dan digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik
dengan lebih berkesan.
- Digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
- Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan- Merancang masa dan topik yang sesuai
semasa kegunaan - Merancang ulasan dan aspek-aspek penting
selepas kegunaan - Merancang aktiviti lanjutan, kesimpulan.
- Ia
mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif
pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik
darjah.
- Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
- Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
- Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.