Pages

WELCOME

Friday, 21 December 2012

TUGASAN EDMODO



TUGASAN EDMODO



LATIHAN EXCEL

LATIHAN EXCEL


1.                 Modal RM 1 juta
  • Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
  • Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

  • a)                 Berbekalkan wang pusaka sebanyak RM1 Juta, kami mencapai kata sepakat untuk membina rumah sewa khas untuk pelajar UMS dengan kadar sewa yang berpatutan dan tiada caj servis yang membebankan. rumah sewa yang akan didirikan itu sudah pasti akan menepati citarasa pelajar.
    sebab: 1) kediaman yang diduduki pelajar UMS yang menyewa di luar kampus dibebani dengan kadar sewa yang tinggi.  
  • b) caj servis yang dikenakan terlalu tinggi dan tiada toleransi birokrasi pengurusan melibatkanpembayaran. 
  • c) pihak pengurusan sewenang-wenangnya memutuskan bekalan air sekiranya lambat membayar caj servis yang dikenakan. ( BASRA , SITI NUR HAJAR, HASMIRAWATI & HARI SHAMEIZAN)
  • d) wang RM1 Juta sudah pasti tidak cukup utnutk menampung kos pembinaan rumah sewa. oleh itu kami membuka peluang kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur dalam perniagaan ini. Bagi memastikan keuntungan diperolehi syarikat kami juga akan menyediakan pelbagai kemudahan yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. antaranya adalah:
  •  i) pengangkutan pergi dan balik ke UMS dengan kadar bayaran berpatutan.
  • ii) menyediakan premis perniagaan "mini market". "stationary store", cyber cafe, kedai dobi dan restoran bajet. 



2)Faktor yang perlu difikirkan.


  • SEBELUM: lokasi yang dipilih berada dlm kedudukan strategik dan kawasan perumahan tersebut dapat menjamin keselamatan penyewa.
  • SEMASA : memastikan semua penyewa dapat membayar sewa dengan usahasama pihak pengurusan UMS. sebarang kerosakan yang berlaku akan ditanggug oleh penyewa sekiranya didapati kerosakan tersebut berlaku selepas rumah diduduki.
  • SETELAH: memastikan kawalan keselamatan dan perkhidmatan yang diberikan memuaskan. meningkatkan kualiti fasiliti dari masa ke semasa. (BASRA, SITI HAJAR, HASMIRAWATI & HARI SHAMEIZAN)



  • 1.             Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?


  • Berdasarkan pemahaman saya, multi modality adalah merujuk kepada penukaran budaya dalam pemindahan ilmu atau maklumat kepada generasi seterusnya. Teori multi modality berpaksikan pada kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pendidik. Kepelbagaian teknik itu sesungguhnya diaplikasikan dengan teknologi melibatkan media, grafik, video dan sebagainya. Malah, ia juga mencakupi aspek yang berteraskan multimodal VARK ( Visual, Aural, Read/Write, Kinesthetic).
  • Multi modality instruction pula dihubungkaitkan dengan keutamaan kaedah yang digunakan oleh pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar bukannya datang dari satu daerah atau mempunyai budaya yang sama malah mereka juga mempunyai pengalaman, latar belakang serta kecenderungan yang berbeza. Oleh itu merujuk kepada multi modality instruction pendidik seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam menentukan kaedah atau cara yang sesuai untuk berinteraksi dan memahamkan pelajar . Kaedah pengajaran bergantung kepada matlamat pengajar dan penilaian keputusan. Kaedah pengajaran juga, boleh diubah atau ditukar berdasarkan kesesuaian, keserasian, kemampuan serta kekuatan pelajar sebagaimana yang diketengahkan oleh Howard Gardner dalam 'Theory of Multiple Intelligences'. Selain dari pendekatan spesifik dan pendekatan deria, terdapat tiga perkara utama yang turut dinilai dalam kepelbagaian pengajaran iaitu 'learning styles, 'multiple intelligences theories' serta 'pacing and practice in instruction. Kesimpulannya, Multi modality instruction jika difahami dan diperhalusi, ia amat penting untuk dijadikan sebagai panduan dan seharusnya diaplikasikan serta diadaptasikan dengan penuh kebijaksanaan oleh pendidik dalam usaha memartabatkan ilmu pengetahuan untuk mewujudkan insan bermotivasi.

2.             Sila respon untuk isu ini


i)    Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii)   Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii)  Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v)  Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.

JAWAPAN:

  • i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.  

  • Ledakkan kemajuan teknologi menyebabkan sesuatu kaedah pengajaran turut barubah. Penggunaan video juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Malah menurut Macknight (1981), penggunaan klip video sebagai bahan pengajaran boleh membawa situasi sebenar dalam kehidupan ke dalam bilik darjah dan yang lebih penting lagi membolehkan murid yang mempelajari subjek bahasa yang autentik secara lisan dalam suasana yang bermakna dan terkawal. Video memainkan peranan yang penting dalam meransang pengajaran dan pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya. Guru dengan yakin dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan bersistematik. Selain itu, guru juga dapat memasukkan peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah seperti peristiwa berkaitan bencana alam ke dalam bilik darjah. Seandainya guru bijak mengurus masa semasa proses pengajaran dan pembelajaran, sudah pasti pemilihan penggunaan video akan menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan praktikal. Stail pembelajaran auditori melibatkan penggunaan video yang mempunyai bunyi dan bahasa yang digunakan ketika menerangkan sesuatu. Kaedah kinestatik juga boleh dijalankan semasa penayangan video kepada pelajar. Pergerakkan yang berkaitan dengan klip video bolah dilakukan oleh pelajar. Kaedah penggunaan vedio ini dapat membuka minda pelajar dengan lebih jelas disamping mewujudkan suasanan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen. Ini akan memberi impak positif terhadap pembelajaran yang dijalankan serta pelajar akan lebih bermotivasi.

  • ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning

  • Teknologi pendidikan sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Membicarakan tentang Ubiquitous learning, ia bukan sahaja merujuk kepada pemerolehan maklumat di mana-mana tempat atau dari mana datangnya sumber itu, sebaliknya ia merujuk kepada perkara yang sesuai, masa yang sesuai serta kaedah yang betul. Ubiquitous learning (U-Learning) membolehkan pelajar belajar tanpa mengira masa, tempat dan dilaksanakan secara meluas. Ciri-ciri bagi Ubiquitous learning adalah, berkeadaan kekal (permanency), mudah diperolehi (accessibility), secara langsung atau kesegeraan (immediacy), Interaktif, kebolehsuaian (adaptability) dan juga penetapan aktiviti. Penggunaan video dalam ubiquitous learning melibatkan pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah teknologi yang digunakan membuka ruang untuk pelajar memperoleh maklumat dengan lebih meluas. Video yang diperoleh dari sumber seperti youtube dan google memudahkan guru dan pelajar serta penggunaan teknologi ini memperlihatkan bahawa guru kini seharusnya menjadikan penggunaan video sebagai salah satu kaedah dalam pembelajaran. Ini adalah kerana, menurut kajian penggunaan multimedia dapat memenuhi ciri yang keenan daya ingatan seseorang yang dapat menyimpan 90% maklumat dengan adanya elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serentak. Penggunaan video dapat ditayangkan secara berulang kali dan dimana-mana sahaja tanpa had masa.

  • iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)

  • “Thinking s any mental activity that helps formulate or solve problem, make decision, or fulfil a desire tounderstand. It is a searching for answers, reaching for meaning.” Proses berfikir didorong dengan adanya soalan atau pertikaian terhadap sesuatu perkara. ‘Higher Order Thinking Skills’(HOTS) melihat kepada tahap kebijaksanaan pelajar dalam pemikiran mereka. HOTS merangkumi kemahiran kreatif, pemikiran kritikal, analisis, penyelesaian masalah, dan juga visual (penggambaran). Ia bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan penguasaan sesuatu kemahiran supaya pelajar dapat menjalani kehidupan seharian dengan sebaiknya. Pendekatan ini menjurus kepada mempengaruhi pelajar supaya lebih yakin dengan kemampuan diri. Dengan penggunaan video di dalam bilik darjah, ianya dapat mendorong pelajar mengembangkan aspek pemikiran analitikal, penyelesaian masalah, kajian, logik, perancangan dan proses pemikiran. Merujuk kepada HOTS , penggunaan kaedah tayangan video sesungguhnya dapat meransang pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan melampaui batasan “out of box’ dengan menunjukkan kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik malah, merangkumi sikap pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang menitik beratkan HOTS akan dapat mewujudkan modal insan yang lebih kreatif, analitikal, berfikiran logik dan terperinci. Kebijaksanaan guru dalam merangka intipati video yang akan ditayangkan kepada pelajar di dalam bilik darjah akan memberi impak yang bukan sedikit kepada perkembangan pemikiran mereka. Penigkatan daya fikir pelajar menuntut supaya guru menggunakan kaedah dan teknik meransang minda yang berkesan Rangsangan dari guru ini dapat membangunkan pelajar supaya mampu membentuk imej dirinya sendiri dan bukan sekadar membentuk pelajar dengan cara yang diingininya. Bagi menjana minda dan membentuk kemahiran pelajar, penggunaan video boleh dijadikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam menepati objektif HOTS.

  • iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.

  • “Guru yang sederhana akan memberitahu, guru yang baik akan menerangkan, guru yang lebih baik akan menunjukkan dan sebaliknya guru yang terbaik adalah mereka yang akan mengilhamkan atau menyemai ransangan.” (William Arthur Ward). Berdasarkan kata-kata tersebut dapat dijelaskan bahawa guru perlulah menentukan kaedah yang sesuai digunakan dalam meningkatkan daya kemahiran pelajar. Penggunaan video mempermudahkan guru dalam memberi penerangan tentang isi pembelajaran. Penerangan video yang menggabungkan elemen seperti imej, muzik dan suara latar dilihat mampu memberi penjelasan yang lebih jelas dan menarik kepada pelajar. Kaedah ini membuka minda pelajar terhadap penggunaan ICT. Malah pelajar dapat memproses maklumat dengan cepat dan lebih tepat berbanding dengan hanya sekadar mendengar penerangan guru. Contohnya, dalam subjek sejarah guru boleh menayangkan video berkaitan dengan terusan suez yang menjadi laluan penting pedagang dalam aktiviti perdagangan. Penayangan video berkaitan topik ini akan memberi gambaran kepada pelajar serta kemahiran dalam membentuk ilustrasi dalam minda di samping memupuk kemahiran menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Selain mempercepatkan proses pengajaran di dalam kelas, pelajar akan lebih peka dengan sebarang pembaharuan dan dapat mengetahui secara visual sesuatu maklumat. Ini akan menjadikan pelajar mudah memahami di samping meningkatkan daya kreativiti mereka. Jelaslah bahawa, penggunaan video dapat meningkatkan daya kreativiti serta kemahiran pelajar.

  • v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

  • “Guru adalah mereka yang berkebolehan meransang atau mengilhamkan, seumpama menanam pokok di taman dan sesiapa yang tidak tahu dengan apa yang perlu dilakukan pada durinya, sudah pasti tidak akan memperoleh bunganya.” Guru yang bijaksana akan memastikan pengajarannya akan dapat meningkatkan kesedaran pelajar. Penerangan dengan menggunakan video akan lebih memberi impak kepada perkembangan serta kesedaran pelajar berkaitan isu-isu yang diketengahkan oleh guru. Sebagai contoh, guru mata pelajaran sivik menayangkan video tentang peristiwa yang berlaku di negara Palestine atau seorang guru sejarah yang mempersembahkan video peperangan berkaitan penyerangan Jepun di Tanah Melayu. Gambaran jelas yang dipaparkan melalui video akan menjadikan pelajar lebih menghayati. Penghayatan yang maksima terhadap sesuatu isu akan meningkatkan kesedaran pelajar. Malah pelajar akan menyedari bahawa bukan susah untuk mendapatkan maklumat dengan penggunaan ICT. Malah pelajar juga boleh mendapatkan sendiri video berkaitan pembelajaran mereka dengan ilham yang sempurna dan mantap.

  • 3.            Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

  • JAWAPAN:

  • Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberi pelbagai impak positif kepada perkembangan pemikiran pelajar dalam menjana idea yang lebih kreatif dan bervisi. Namun, terdapat pelbagai kekangan apabila guru menayangkan video di dalam kelas. Antara kekangan yang dihadapi oleh guru adalah seperti berikut :

  • i) Masalah kekangan masa

 
  • Bagi guru yang bermotivasi, masa ibarat emas. Kebijaksanaan penggunaan masa amat penting supaya semua objektif tercapai semasa sesi P&P berlangsung. Kesuntukkan masa adakalanya memberi tekanan kepada guru kerana tidak dapat menayangkan video dalam tempoh yang lama. Proses mengendalikan peralatan ICT juga adakalanya mengambil masa yang agak lama sekiranya ia bermasalah.

  • ii) Masalah projektor atau LCD

 
  • Tidak semua sekolah-sekolah di negara ini menyediakan peralatan ICT di setiap kelas. Terdapat beberapa kelas sahaja disediakan peralatan tersebut. Malah, ada juga sekolah yang hanya mempunyai 2 atau 3 bilik sahaja yang mempunyai peralatan ICT. Ini meyebabkan guru-guru terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan bilik tersebut.


  • iii) Kerosakan peralatan ICT ( projektor/LCD)

  •  Bukan semua guru mahir mengendalikan atau memperbaiki peralatan ICT yang terdapat di bilik darjah. Tanpa juruteknik khas, guru menghadapi masalah dalam pengendalian peralatan ICT sekiranya ia mengalami kerosakkan. Segala perancangan guru akan tergendala disebabkan masalah tersebut.

  • iv) Masalah elektrik di sekolah.

  • Masalah ini seringkali melanda terutama sekolah yang terletak di luar bandar. Sekiranya masalah ini berlaku, guru tidak dapat menayangkan video yang ingin dipersembahkan kepada pelajar semasa proses p&p berlangsung.

  • v) Masalah vandalism

  •  Terdapat juga pelajar yang merosakkan peralatan ICT yang disediakan di dalam kelas. Isu ini bukanlah suatu fenomena baru, malah ia menjadi isu yang seringkali didedahkan oleh pihak sekolah. Pelajar yang menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini memberi masalah kepada guru apabila ingin menggunakan projektor/LCD untuk menayangkan video.


  • vi) Pelajar tidak dapat mendengar dengan jelas.

  • Semasa video ditayangkan, adakalanya pelajar tidak mampu untuk menghayati serta mendengar intipati yang terkandung dalam video yang ditayangkan oleh guru. Ini disebabkan oleh pelajar kelas berhampiran membuat bising. Keadaan ini seringkali berlaku semasa sesi penayangan video.


  • vii) Penguasaan guru dalam bidang ICT

  • Terdapat segelintir guru yang masih kekok mengendalikan peralatan ICT. Malah ada yang tidak tahu menggunakannya dengan berkesan. Ini turut memberi masalah dalam p&p kerana guru tersebut perlukan pertolongan guru lain untuk menolongnya. (terutama guru senior).


  • viii) Terdapat video yang mempunyai limit tayangannya.

  • Sukar untuk memperoleh video yang lengkap untuk menerangkan isu yang ingin diketengahkan oleh guru semasa p&p.


  • 5)           Assignment manipulatives

  •  Manipulatif

  • Manipulatif merupakan bahan bantu mengajar yang boleh ditunjukkan kepada pelajar dan boleh dikendalikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya akan dapat menarik minat pelajar kerana pelajar dapat mengendali dan melihatnya dengan jelas. Manipulatif terbahagi kepada tiga iatu bahan sebenar (real objects), models dan mock-up.


  • Bahan sebenar (Real Objects)

  • Bahan sebenar adalah melibatkan benda-benda seperti wang kertas,duit syiling, artifak, tumbuh-tumbuhan, binatang dan sebagainya. Ia dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bergantung kepada topik yang hendak dibincangkan.




  • Models

  • Model ditampilkan dalam bentuk tiga dimensi sebagaimana yang dipersembahkan oleh bahan sebenar (real objects). Ia dilihat sebagai rujukan yang lebih konkrit jika dibandingkan dengan gambar, lukisan atau videotape. Model boleh didatangkan dalam saiz tertentu, ada kalanya mungkin lebih besar, kecil atau sama saiznya dengan objek sebenar yang ingin ditunjukkan. Aktiviti dalam bilik darjah dengan menggunakan model dapat meningkatkan semangat ingin tahu pelajar dan membantu mereka dari aspek kognitif dan psikomotor.

  • Mock-up
 
  • Untuk memudahkan guru menyampaikan sesuatu konsep, kaedah mock-up sering kali digunakan. Contohnya komputer mempunyai komponen-komponen dalamannya yang tersendiri. Guru boleh melabelkan komponen tersebut atau aktiviti melibatkan penyediaan sistem elektrik di mana aktiviti boleh melibatkan pembabitan pelajar dalam penyediannya asalkan tidak mendatangkan resiko kepada mereka.

  • Pemilihan dalam pengajaran:

  • Berdasarkan ketiga-tiga jenis manipulatif yang dinyatakan di atas, saya memilih untuk menggunakan bahan sebenar (real objects). Dalam pengajaran sejarah contohnya ketika menerangkan berkaitan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga merupakan salah satu permainan yang digemari ketika itu. Permainan ini wujud sejak 600 tahun dahulu. Sepak raga bukan sahaja menjadi permainan golongan bangsawan Melaka ketika itu malah, turut diminati oleh rakyat jelata. Sejarah Melayu juga menceritakan bagaimana Sultan Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya disebabkan terkena tendangan bola raga Tun Besar. Akibatnya Tun Besar anak kepada Bendahara Melaka yang terkenal iaitu Tun Perak telah dibunuh. Sebagai bendahara yang berpengaruh beliau mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Akibat dari pembunuhan itu jugalah menyebabkan Tun Perak tidak melantik Sultan Muhamad sebagai raja Melaka sebaliknya menjadikan baginda sebagai sultan Pahang. Topik pembunuhan Tun Besar oleh Sultan Muhammad akibat terkena tendangan bola raga Tun Besar memperlihatkan kekejaman Sultan Muhammad dan kisah ini memberi impak yang cukup besar dalam susun lapis kesultanan Melayu Melaka. Justeru, untuk mendekatkan lagi pelajar dengan kisah silam ini, saya akan membawa bola raga untuk ditunjukkan kepada pelajar dan membawa pelajar keluar dari kelas dan mencuba permainan tersebut. Ia kelihatan ringkas, namun akan memberi kesan emosi terhadap pelajar dalam menghayati cerita sejarah yang diperbincangkan pada hari itu. Ia bukan sahaja melibatkan kemahiran kognitif pelajar malah kemahiran psikomotor juga telah diterapkan. Ini akan memberi kesan emosi yang mendalam kepada pelajar di mana mereka boleh mencuba permainan yang sangat diminati sejak abad ke-15 masihi oleh golongan bangsawan Melaka. Malah secara tidak langsung memberi peluang generasi baru mencuba permainan tradisional yang kini dikenali sebagai sepak takraw. Walaupun guru tidak boleh menunjukkan kisah sebenar yang berlaku pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya menceritakan kepada pelajar tetapi dengan perkaitan yang kuat antara bola raga dengan topik yang dibincangkan ini, sudah pasti akan memberi kesan mendalam terhadap emosi pelajar.

  •  Jawapan Soalan 4:


  • Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan dalam usaha untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata pelajaran Sejarah sering kali dikaitkan dengan istilah bosan dan sukar mengingati fakta. Oleh itu usaha dan percubaan tertentu perlu dilakukan oleh guru untuk menyingkirkan persepsi tersebut dari minda pelajar di samping meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap mata pelajaran ini. Selain dari pembelajaran di dalam bilik darjah saya akan memilih kaedah field trip sebagai salah satu langkah mendekatkan lagi pelajar dengan fakta sejarah dan gambaran sebenar. Field Trip merupakan lawatan lapangan untuk proses pembelajaran sebenar melibatkan manusia atau objek yang memberi kesempatan kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman ‘firsthand’. Aktiviti ini memberi ruang kepada pelajar untuk merasai fenomena yang tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah. Contohnya, untuk menghayati sejarah pembinaan candi di Lembah Bujang Kedah, saya akan membawa pelajar membuat lawatan ke tapak bersejarah tersebut. Lawatan ini dapat memberi gambaran sebenar kepada pelajar dan pembelajaran akan lebih menarik melalui pengalaman yang mereka terokai. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan alam maya untuk penerokaan bukti dengan melayari laman web http://www.mymalaysiabooks.com/images/mykedah... Laman ini juga boleh membantu pelajar melihat kesan-kesan peninggalan sejarah di Lembah Bujang , Kedah. Kaedah yang saya gunakan ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Bandura (1986) dalam teori perlakuan model menekankan perhubungan rapat di antara persekitaran dan individu dalam mempelajari sesuatu. Menurut beliau, persekitaran turut memainkan peranan penting dalam menjana daya kognitif individu. Penjanaan ini akan menentukan serapan maklumat kekal atau pun sebaliknya untuk digunakan di masa akan datang. Jelaslah bahawa pengalaman merupakan pengajaran yang terbaik untuk meneroka bukti dan melihat sendiri kesan-kesan sejarah. Pengalaman sebenar ini akan menambahkan lagi keyakinan pelajar, memberi galakkan semangat, meningkatkan lagi perasaan ingin tahu pelajar di samping memberi impak emosi yang mendalam terhadap pelajar. Ini juga merupakan salah satu motivasi yang akan meningkatkan lagi kecintaan pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

i)     Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?

ii)  Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.

iii) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?

iv) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?

iv) Nyatakan proses


  • Soalan 1:

 Video literasi merupakan satu kaedah yang digunakan sebagai perantara untuk menyampaikan maklumat menggunakan tayangan video yang terkandung di dalamnya maklumat atau mesej yang mempunyai pergerakan dan suara.

  • Soalan 2:

 Pelajar mempunyai pilihan untuk menonton video pendidikan program di bilik darjah yang melibatkan penggunaan ‘digital projector’ , television yang mempunyai screen besar atau ditayangkan dalam skala yang lebih kecil seperti penggunaan komputer, netbooks, iPad, dan iPhone. Apabila kita menggunakan kaedah penayangan video ini dalam pengajaran dan pembelajaran ini menunjukkan penglibatan proses dari semua peringkat Taxonomy Bloom’s.

Lima konsep utama menonton video :

a)    Mengenal pasti siapakah yang menghasilkan video tersebut.

b)   Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik minat menonton video tersebut.

c)    Bagaimana penonton dapat memahami mesej yang pelbagai melalui tayangan video tersebut. Adakah video tersebut berjaya membuatkan penonton berfikir tentang mesej yang ingin disampaikan.

d)   Apakah tujuan video itu dihasilkan. Ini dapat dikenal pasti melalui mesej        yang diketengahkan oleh pencipta video.


Penghasilan video perlu dititikberatkan kerana hasilnya akan mempengaruhi penerimaan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton (pelajar). Pentingnya konsep tertentu untuk membantu pelajar menghasilkan video literasi dan kemahiran mengeluarkan video. Untuk menghasilkan video, memerlukan kemahiran berfikir yang mantap dengan penggunaan format yang tertentu iaitu menceritakan perkara yang ingin disampaikan, mengembangkannya, memperbaiki, mentafsir atau menilai kembali penghasilan video tersebut supaya perkongsian mesej tercapai.

 Lima konsep utama yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan video:
1) Adakah saya seorang pengarang. (penghasil video)?

2) Adakah mesej yang hendak disampaikan melibatkan kreativiti dan teknologi yang memberi kesan pemahaman yang baik kepada penonton?

3) Adakah mesej yang ingin disampaikan berkaitan dengan audience (penonton)?

4) Adakah nilai dan cara hidup diterapkan dalam mesej yang disampaikan melalui video?

5) Adakah mesej yang ingin disampaikan jelas dan memberi kesan yang sewajarnya kepada penonton?.

  • Soalan 3:

Pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video untuk memperkenalkan sesuatu topik, mengulas isi kandungan, memberi pemulihan dan mencadangkan pengayaan. Video adalah bersesuaian dengan hampir semua topik untuk semua jenis pelajar dalam semua domain pengajaran.

1- Kognitif

Melalui cognitive domain pelajar boleh memantau perjalanan hidup sebenar dalam pelbagai bentuk drama tentang kehidupan sebenar dalam pelbagai bentuk video- warna, suara dan pergerakan yang akan wujudkan kesan yang lebih semasa tontonan- video. Pelajar seharusnya boleh meneruskan pembacaan selepas atau sebelum menonton video untuk lebih memahami isi kandungan (masej) video tersebut.

2- Afektif

Video yang terhasil akan lebih berkesan sekiranya ia diserikan dengan elemen berteraskan emosi. Literasi video kebiasaannya akan memberi kesan yang baik di mana contoh dan mesej dramatik yang ditampilkan pastinya mempengaruhi sikap dan tindakan. Ini adalah disebabkan video boleh memberi impak yang mendalam dari aspek emosi sehingga mempengaruhi corak personaliti serta sikap penonton. Sebagai contoh tayangan video berkaitan program dokumentari, memberi kesan mendalam terhadap sikap pelajar seperti kesan kesedihan yang luar biasa jika memaparkan tentang kisah kedukaan atau kesusahan yang mereka tidak pernah merasai atau melaluinya. Malah, pelajar akan memahami budaya dalam pelbagai aspek kehidupan secara menyeluruh.

3- Psikomotor

Tayangan video merupakan proses terbaik melibatkan kemahiran ‘motor’ (pergerakan). Kemahiran psikomotor dapat diperlihatkan dengan lebih mudah melalui media dari kehidupan sebenar. Sekiranya kita menayangkan video mengikut proses atau susun aturnya tersendiri, kita boleh mempercepatkan atau melambatkan pengajaran mengikut kepentingan yang sesuai. Malah kita boleh memilih untuk mengulangi bahagian yang penting untuk difahami dan dihayati oleh pelajar. Persembahan atau pembentangan pelajar juga boleh divideokan dan kemudiannya memberi pandangan masing-masing.

 
4- Interpersonal

Pelajar boleh merakamkan pembentangan mereka sebelum menghantarnya kepada pensyarah atau guru. Melalui video rakaman mereka dapat memperbaiki persembahan dan meningkatkan kualiti pencapaian. Mereka dapat berkongsi maklumat sesama mereka di samping memberi komen membina.

  • Soalan  4

1. Dokumentari-

Memberitahu cerita benar tentang situasi dan watak sebenar. Video adalah medium yang utama dalam dokumentasi sebenar atau lakonan untuk dibawa ke kelas dan mudahkan pelajar untuk memahami sesuatu maklumat. Ia biasanya berkaitan dengan fakta, fiksyen dan bukan fiksyen yang memaparkan kisah atau situasi sebenar. Sebagai contoh, Public Broadcasting System menghasilkan dokumentari yang mantap seperti video ‘To The Ends Of The Earth’ yang membolehkan pelajar merasai pengalaman perjalanan laut berdasarkan novel William Golding’s. Selain itu, program seperti National Geographic mendedahkan dokumentari terkini berkaitan sains, budaya dan alam yang boleh dilayari melalui internet selain ditayangkan di televisyen. Semua contoh tersebut menceritakan tentang kisah, situasi dan watak sebenar.

2. Dramatik (Unsur Drama)

 Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama. Video memiliki kuasa untuk kawal pelajar kerana ia ibarat menonton drama/filem berkaitan sastera klasik seperti Anne of Green Gables, Hamlet dan Moby Dick dan sesungguhnya dapat meluaskan peluang bagi pelajar untuk membuat perbandingan antara membaca teks cerita dan menonton video. Bagi fiksyen sejarah pula seperti Shogun and War and Peace menggunakan kombinasi fiksyen dan fakta yang berkait degan peristiwa sejarah. Unsur drama boleh membina karakter pelajar supaya menjadi lebih bersikap positif seperti bekerjasama, keyakinan diri, berbudaya dan sebagainya.

3- Penceritaan Video

 Memberi peluang kepada pelajar supaya kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui penceritaan. Ini adalah disebabkan sikap semula jadi manusia yang suke bercerita dan mendengar cerita. Penceritaan dapat membina kreativiti pelajar melalui penulisan, pembacaan secara visual dan juga kemahiran dalam penghasilan video.

4- Kembara Ke Dunia Sebenar-

Video berguna untuk bawa pelajar ke tempat yang sukar dilawati sendiri oleh mereka seperti Hutan Amazon, Hutan di New Guinea atau di Pulau Galapagos. Pelajar dapat merasai seolah-olah lawatan sebenar ke Piramid di Egypt, berjalan di Tembok Besar China atau meneroka ke Akropolis di Athens. Jelaslah bahawa tayangan video dapat membina pengetahuan yang lebih selain daripada mendengar/terima pengajaran daripada guru ataupun melalui pembacaan.

  • Soalah 5:

Memilih video daripada sumber yang dipercayai adalah penting untuk memastikan kualiti bahan atau isi kandungan. Jika video dipilih dengan teliti, bahan tajaan akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selepas memilih video, gunakan alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Borang penilaian dapat menolong guru untuk memilih bahan yang dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran.

1- Pemilihan Video

Kebanyakan guru mendapatkan video melalui pelbagai cara seperti dari internet kerana ianya mudah ditayangkan di dalam bilik darjah. Selain itu, perpustakaan di sekolah juga menyediakan tempat dan bahan untuk mendapatkan video pembelajaran.

2- Penilaian Video

Selepas membuat pemilihan jenis video yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah membuat penilaian supaya ianya sesuai dengan pengajaran

  • Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Proses Dan Ciri-Ciri Reka Cipta Visual .

Reka cipta visual penting untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan lebih tertarik dengan penghasilannya mengikut ciri-ciri yang perlu dipenuhi untuk reka cipta visual. Ia melibatkan penggunaan komputer, program multimedia, bahan cetak, papan putih, penggunaan kertas lut sinar, Power-Point Slide dan papan buletin.


  • Ciri-ciri Reka Cipta Visual


1) Susunan /penyusunan

Langkah pertama adalah memerlukan anda untuk menentukan elemen yang ingin diletakkan di dalam visual. Penyusunan dibuat supaya penonton dapat melihat dengan jelas dan tersusun serta memahami apa yang divisualkan. Contohnya power point slide, multipage handout,. Kita seharusnya konsisten dengan susunan elemen yang telah dikenal pasti. Ini akan memudahkan paparan visual yang dihasilkan.

2) Keseimbangan

Terdapat beberapa jenis keseimbangan iaitu keseimbangan biasa/rasmi dan keseimbangan tidak rasmi atau tidak seimbang. Jika elemen visual yang dipaparkan dalam slide design berulang ia disifatkan sebagai keseimbangan formal. Melalui asymmetrical atau tidak formal melibatkan elemen yang berbeza dari setiap side contohnya satu bulatan besar dalam satu bahagian, tiga bulatan kecil dan sebagainya. Keseimbangan tidak formal dilihat lebih menarik dan dinamik. Tulisan dan gambar juga perlu diseimbangkan mengikut kesesuaian visual yang ingin dipaparkan. Secara keseluruhannya kita perlu mengelakkan dari penggunaan yang tiada keseimbangan dengan menggunakan pembahagian yang betul untuk menarik minat penonton.

3) Warna

Apabila kita membuat pilihan warna perkara yang perlu dipertimbangkan adalah keharmonian warna supaya terdapat hubungan antara spektrum warna-warna tersebut. Warna yang bertentangan disebut sebagai pelengkap warna. Walau bagaimanapun kita seharusnya mengelakkan penggunaannya secara menyeluruh seperti gabungan warna merah dan hijau, jika penggunaannya diaplikasikan di atas skrin atau dalam power point, tulisan tidak dapat dilihat dengan jelas. Mata juga tidak dapat fokus dengan baik kedua-dua warna itu dalam masa yang sama. Analogi warna adalah seperti blue-green dan blue-bleu-violet. Warna-warna ini disifatkan sebagai warna yang menyenangkan untuk dipilih. Perbezaan dalam gabungan warna akan menyebabkan kesan warna/imej visual yang berlawanan.


4) Mudah dibaca

Sesuatu visual yang dihasilkan mesti boleh dilihat dengan mudah dari segi imej dan perkataan. Visual yang dihasilkan juga boleh dipertingkatkan dengan pembesaran saiz imej, huruf dan perbezaan bentuk objek yang dipaparkan. Pelajar tidak dapat belajar dengan sempurna sekiranya mereka tidak dapat melihat visual yang ditayangkan dengan jelas.


5) Menarik

Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan visual yang menarik menerusi gaya, kejutan, bentuk dan hubung kait. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan visual dua dimensi, tiga dimensi yang mempunyai bentuk atau menggunakan objek nyata. Selain itu, visual yang dihasilkan perlu ringkas dan bersesuaian dengan pemilihan perkataan dan gambar.


6) Rekaan Universal

Visual perlu sesuai dengan umur, kebolehan dan subjek penonton. Malah, tahap pembelajaran atau bakat penonton perlu dikenal pasti dan disesuaikan dengan visual yang dihasilkan. Ia juga perlu fleksibel, ringkas dan seimbang.


  • Proses Menghasilkan Visual


1) Perancangan alatan

Storyboard merupakan salah satu strategi perancangan yang diadaptasi dari filem dan penghasilan video yang menggalakkan anda untuk menyusun hasil kerja yang kreatif menggunakan thumbnail sketches atau sesuatu yang ringkas dalam persembahan visual. Index card juga boleh digunakan kerana ia murah dan sesuai digunakan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Self stick juga menjadi pilihan kerana boleh ditampal di mana-mana seperti di meja, dinding, papan pitih, bulletin board dan sebagainya.

 
2) Teknik menulis

Teknik menulis boleh digunakan dalam visual dengan menggunakan pen marker yang pelbagai warna dan saiz yang berbeza. Potongan huruf juga boleh digunakan untuk menghasilkan huruf yang menarik.


3) Lukisan/lakaran/kartun


Tidak perlu menjadi ‘artist’ utk melukis dengan baik. Ini disebabkan idea yang menarik dan lakaran yang baik akan menghasilkan sesuatu yang sempurna. Malah, lakaran ringkas juga memudahkan penonton memahami apa yang ingin disampaikan. Hanya dengan sedikit latihan anda mungkin dapat menghasilkan lukisan yang menarik. Lukisan yang ringkas dapat gunakan pada whiteboard, bulletin board dan kertas lut sinar.

4) Clip Art

Saiz dan kedudukan clip art boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan boleh didapati secara percuma daripada internet. Saiz imej boleh diubah mengikut kesukaan anda.


5) Lakaran Visual menggunakan komputer


Kita juga boleh menggunakan program melukis untuk layout design. Kebanyakan komputer yang mempunyai program grafik, menyediakan kid pix, iWorks, Photoshop, & Adobe ilustrator yang didatangkan bersama ratusan ribu rajah dan boleh mendominasi visual dalam pelbagai cara. Kaedah ini dicipta untuk program yang menggunakan komputer, digital projector, atau diletakkan pada kertas dan digunakan sebagai paksi untuk menghasilkan transparencies.

 
6) Membuat persembahan grafik

Menggunakan Microsoft Power Point & Apple Key note dengan memilih jenis visual yang dikehendaki. Kemudian kita akan menulis imej untuk disesuaikan. Cara atau kaedah penghasilannya boleh diperoleh dari internet. Kita boleh mengawal rajah sebagaimana yang kita kehendaki.

7) Membuat lakaran lut sinar

Cara mudah membuat atas kertas lut sinar adalah dengan menggunakan pen marker dan pastikan bentuk tulisan yang sama dipaparkan pada projektor dengan menggunakan ‘overhead projektor pen’ serta dapat menghasilkan imej yang berwarna.






No comments:

Post a Comment