Sumber Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
"Teknologi
dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam
keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan
persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran "
Kepentingan teknologi pendidikan dalam
- Melicinkan proses kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
- Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
- Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar.
- Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
- Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
- Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
- Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
- Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran dan digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
- Digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
- Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
semasa kegunaan - Merancang ulasan dan aspek-aspek penting
selepas kegunaan - Merancang aktiviti lanjutan, kesimpulan.
- Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
- Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik
- Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran
- Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
No comments:
Post a Comment