Pages

WELCOME

Monday, 31 December 2012

STICKY NOTES




STICKY NOTE




  •  Sticky Note merupakan aksesori tablet serta PC yang digunakan untuk mencipta catatan yang ringkas atau pesan suara dengan meletakkannya pada desktop sebagai peringatan kepada kita. Ia menyerupai memo biasa dan diaplikasikan dari window khususnya window 7. Sticky note boleh diletakkan secara virtual tanpa perlu menggunakan kertas fizikal yang akan menyesakkan ruang kerja kita. 7 sticky note mempunyai pelbagai fungsi yang perlu diketengahkan untuk diaplikasikan bersama. Ia merupakan software percuma yang memerlukan kita memuat turun dari laman web www.7 stickynotes.com/help/ dan saiz install kira-kira 5MB. 


  • Melalui 7 sticky note, kita akan memperoleh pelbagai fungsi yang dapat membantu kita dalam tugas seharian walaupun ia lebih simple dari notepad. Ia menyokong operasi window vista dan ukuran yang biasa digunakan adalah 75 x 75 mm. Perisiannya ringan dan tidak memerlukan banyak resource. Icon program akan muncul pada sistem tray dan apabila kita ‘klik’ pada sticky note, nota sebelumnya juga akan muncul tanpa perlu dicari. Terpulanglah kepada kebijaksanaan individu dalam mereka bentuk dan mengaplikasikan sticky note pada screen computer mereka.


  • Fungsi dan Kelebihan Sticky Note
1.      Boleh mencatat nota penting seperti tarikh lahir, tarikh perkahwinan, tarikh exam dan lain-lain perkara penting untuk memastikan kita sentiasa mengingati perkara tersebut.
2.      Boleh juga dijadikan wallpaper desktop.
3.      Menyimpan informasi seperti link web dan nota-nota penting.
4.      Sesuai digunakan bagi pengambilan nota-nota di internet dan E-book.
5.      Mengubahsuai paparan font dan warna.
6.      Kebolehan memuatkan imej dan mengedit.
7.      Fungsi alarm untuk peringatan.
8.      Boleh dilekatkan bersama aplikasi (hanya dipaparkan semasa aplikasi dilancarkan).
9.      Penghantaran dan perkongsian nota dalam rangkaian atau melalui e-mail.
10.  Boleh disembunyikan dan dipaparkan pada masa tertentu sahaja.
11.  Fungsi backup untuk menyimpan nota dan puluhan tetapan yang dapat diubahsuai.
12.  Digunakan sebagai promosi produk, gimmick atau hadiah kecil untuk pelanggan.
13.  Menjalankan perniagaan, boleh meletakkan logo dan produk perusahaan.


  • Kepentingan Sticky Notes dalam P&P


  • Sticky notes dianggap sebagai gadget yang penting dan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Software ini penting dalam kehidupan seharian individu sama ada pelajar atau mereka yang sudah bekerja. Pada zaman ini hampir semua lapisan masyarakat memiliki laptop atau komputer. Tambahan pula yang menggunakan windows 7 atau Wista pasti tidak berasa asing dengan perkataan sticky notes. Walaupun ia dilihat sebagai gadget yang kurang berfungsi namun terdapat banyak kepentingan dalam kegunaan seharian kita. Kebiasaannya telefon digunakan sebagai peringatan atau reminder pada seseorang. Contohnya, bagi pelajar mereka boleh mengaplikasikan sticky notes untuk mencatat tarikh peperiksaan, tugasan atau assignment yang perlu dibuat.  Pada masa yang sama kita boleh membuat peringatan untuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir, tarikh perkahwinan, temu janji atau peringatan untuk menyiapkan kerja-kerja harian yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tertentu. Ini kerana masyarakat pada hari ini sangat sibuk dengan bermacam-macam perkara. justeru itu, manfaatkan lah kemudahan yang ada pada komputer atau laptop anda.
  • Walau bagaimanapun, sticky notes juga penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merujuk kepada mereka yang berada di peringkat pengajian tinggi seperti IPTA atau IPTS. Ia tidak bermakna pelajar sekolah tidak digalakkan menggunakan software ini. Namun begitu, seperti mana yang diketahui umum penggunaan komputer laptop, net book atau ipad masih lagi terhad penggunaannya dikalangan pelajar sekolah. Tidak semua sekolah menyediakan kemudahan seperti ini kepada pelajarnya. Untuk itu, relevannya penggunaan sticky notes adalah kepada pelajar IPT. Hal ini kerana, sticky notes boleh dijadikan tempat untuk mencatat nota-nota penting dengan ringkas. Contohnya, pelajar yang mengambil kursus ‘Sejarah’ mereka boleh menulis atau mencatat isi-isi penting mengenai sesuatu peristiwa untuk memudahkan seseorang pelajar itu mengingati fakta sejarah. Dengan itu, mereka tidak perlu membuat peta minda atau mencatat pada mana-mana helaian kertas. Sekiranya mencatat nota pada buku atau kertas kebarangkalian untuk hilang itu sangat tinggi. Selain itu, pelajar tidak perlu membawa nota catatan sebaliknya hanya membawa laptop, ipad atau net book sahaja. Tambahan pula, apabila aplikasi sticky notes dilancarkan paparan nota terus ada pada desktop. Justeru itu, setiap kali kita menggunakan laptop maka setiap masa kita akan membaca catatan-catatan yang telah ditulis. Ia sangat sesuai digunakan kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan. 


  •           Sticky notes juga boleh diaplikasikan ketika berada di dalam kelas dan semasa pensyarah menyampaikan isi pelajaran. Bagi pelajar yang tidak gemar mencatat pada nota secara virtual mereka boleh menggunakan sticky notes sebagai tempat untuk menulis apa yang disampaikan oleh pensyarah pada masa itu. Biasanya, kita akan menulis dengan cepat dan ringkas menyebabkan hasil tulisan tangan yang buruk serta tidak kemas menjadikan kita sendiri tidak dapat memahami apa yang telah dicatat. Untuk itu, pelajar hanya mengaplikasikan sticky notes dan terus mencatat tanpa perlu risau masalah ketidakjelasan hasil catatan kita itu. Dalam pada itu, pelajar dapat menghimpunkan sumber-sumber rujukan pada sticky notes. Selain itu, Pelajar dapat berkongsi maklumat dan idea dengan rakan-rakan lain terhadap catatan yang telah dibuat. Sebagai contoh, ketika mengadakan perbincangan kumpulan kita boleh merujuk isi-isi penting yang ada pada catatan dalam sticky notes tersebut. Percambahan idea dapat dilakukan tanpa perlu merujuk bahan seperti buku atau nota. Penggunaan sticky notes tidak terhad kepada masa, lokasi, mahupun ruang perbincangan khusus kerana selagi komputer atau laptop dapat memaparkan catatan maka ia boleh diaplikasikan.
  •           Di peringkat universiti kepentingan penggunaan sticky notes dapat diaplikasikan semasa proses p&p. Seperti biasa selepas p&p berlangsung pelajar perlu menghadiri kelas tutorial di mana mereka perlu membuat ulasan dan refleksi terhadap apa yang telah dipelajari dalam pembelajaran lepas. Dengan ini, penggunaannya menjadi satu keperluan dengan merujuk isi-isi penting yang telah dicatatkan pada sticky notes. Selain itu, sticky notes juga boleh digunakan untuk menulis formula-formula penting dalam pembelajaran. Contohnya, dalam mata pelajaran matematik, sains, ekonomi, perdagangan dan sebagainya memerlukan pelajar untuk mengingati banyak formula. Oleh itu, pelajar boleh mencatat formula tersebut pada sticky notes. Secara tidak langsung pelajar akan dapat mengingati formula tersebut kerana setiap kali mereka membuka pc atau laptop catatan pada sticky notes akan di paparkan secara automatik. Pelajar tidak perlu lagi menampal nota-nota kecil pada dinding atau meja.
  • Lantaran itu, sticky notes atau sticky notes 7 merupakan satu software yang mempunyai banyak kegunaannya. Namun, ia sering dipinggirkan kerana fungsinya tidak sehebat software yang terdapat pada web 2.0 yang lain seperti edmodo, you tube, slidehare, facebook dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah individu, sticky notes dilihat sebagai satu alat bantuan kepada pelajar untuk menyusun, mencatat nota peribadi, menanda menyimpan catatan, dan menjadi bahan remainder untuk kegunaan masa akan datang. 


KELEMAHAN PENGGUNAAN STICKY NOTES.

  • Walaupun sticky notes dilihat mudah dan ringkas tetapi masih terdapat kekurangan serta kelamahan di dalam penggunaannya. Kelemahan yang pertama ialah ia tidak berupaya menyimpan maklumat secara kekal. Ini dihadapi apabila menggunakan sticy note yang terdapat di dalam laptop atau computer. Bagi penggunaan 7 sticky notes, masalah tersebut tidak akan timbul. Seterusnya, maklumat yang rahsia atau sensitf tidak sesuai menggunakan sticky notes. Hal ini terjadi kerana maklumat tersebut akan terpampang pada skrin laptop atau computer, jadi maklumat tersebut mudah dilihat oleh sesiapa sahaja. Penggunaan sticky notes yang terdapat pada laptop atau computer juga mempunyai masalah di mana ia tidak boleh mengubah atau mengganti bentuk dan warna tulisan. Masalah ini dapat dielakkan dengan menggunakan 7 sticy notes kerana aplikasi penggunaannya lebih banyak dan terperinci. Selain daripada itu, perkataan ‘notes’ itu sendiri dapat menjelaskan tentang sesuatu maklumat atau tulisan yang ringkas. Jadi, penggunaan sticky notes hanya sesuai untuk menulis sesuatu yang ringkas sahaja. Penulisan ayat yang panjang tidak sesuai kerana ruang yang disediakan adalah kecil sahaja. Kelemahan yang seterusnya ialah apabila terlalu banyak maklumat hasil penggunaan sticky notes, ruang di hadapan skrin laptop atau computer akan menjadi penuh dan serabut. Kelemahan yang terakhir ialah, apabila terdapat maklumat yang penting disimpan melalui sticky notes, masalah akan timbul apabila laptop atau computer rosak dengan tiba-tiba. Maklumat yang dipaparkan melalui sticky notes tersebut akan hilang dan tidak dapat dicari semula.


No comments:

Post a Comment