1.
Modal RM 1 juta
-
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
-
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
- a)
Berbekalkan wang pusaka sebanyak
RM1 Juta, kami mencapai kata sepakat untuk membina rumah sewa khas untuk
pelajar UMS dengan kadar sewa yang berpatutan dan tiada caj servis yang
membebankan. rumah sewa yang akan didirikan itu sudah pasti akan menepati
citarasa pelajar.
sebab: 1) kediaman yang diduduki pelajar UMS yang menyewa di luar kampus
dibebani dengan kadar sewa yang tinggi.
- b) caj servis yang dikenakan terlalu tinggi dan tiada toleransi birokrasi pengurusan
melibatkanpembayaran.
- c) pihak pengurusan sewenang-wenangnya memutuskan bekalan air sekiranya lambat
membayar caj servis yang dikenakan. ( BASRA
, SITI NUR HAJAR, HASMIRAWATI &
HARI SHAMEIZAN)
- d) wang
RM1 Juta sudah pasti tidak cukup utnutk menampung kos pembinaan rumah sewa.
oleh itu kami membuka peluang kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur dalam
perniagaan ini. Bagi memastikan keuntungan diperolehi syarikat kami juga akan
menyediakan pelbagai kemudahan yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.
antaranya adalah:
- i) pengangkutan pergi
dan balik ke UMS dengan kadar bayaran berpatutan.
- ii) menyediakan premis perniagaan "mini
market". "stationary store", cyber cafe, kedai dobi dan restoran
bajet.
2)Faktor yang perlu difikirkan.
-
SEBELUM: lokasi yang dipilih berada dlm kedudukan strategik dan kawasan
perumahan tersebut dapat menjamin keselamatan penyewa.
-
SEMASA : memastikan semua penyewa dapat membayar sewa dengan usahasama pihak
pengurusan UMS. sebarang kerosakan yang berlaku akan ditanggug oleh penyewa
sekiranya didapati kerosakan tersebut berlaku selepas rumah diduduki.
-
SETELAH: memastikan kawalan keselamatan dan perkhidmatan yang diberikan
memuaskan. meningkatkan kualiti fasiliti dari masa ke semasa. (BASRA, SITI
HAJAR, HASMIRAWATI & HARI SHAMEIZAN)
1.
Apakah definisi teori multi modality? apakah
yang dimaksudkan multi modality instruction?
- Berdasarkan pemahaman saya,
multi modality adalah merujuk kepada penukaran budaya dalam pemindahan ilmu
atau maklumat kepada generasi seterusnya. Teori multi modality berpaksikan pada
kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pendidik.
Kepelbagaian teknik itu sesungguhnya diaplikasikan dengan teknologi melibatkan
media, grafik, video dan sebagainya. Malah, ia juga mencakupi aspek yang
berteraskan multimodal VARK ( Visual, Aural, Read/Write, Kinesthetic).
-
Multi modality instruction pula dihubungkaitkan dengan keutamaan kaedah yang
digunakan oleh pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
bukannya datang dari satu daerah atau mempunyai budaya yang sama malah mereka
juga mempunyai pengalaman, latar belakang serta kecenderungan yang berbeza. Oleh
itu merujuk kepada multi modality instruction pendidik seharusnya mempunyai
kebijaksanaan dalam menentukan kaedah atau cara yang sesuai untuk berinteraksi
dan memahamkan pelajar . Kaedah pengajaran bergantung kepada matlamat pengajar
dan penilaian keputusan. Kaedah pengajaran juga, boleh diubah atau ditukar
berdasarkan kesesuaian, keserasian, kemampuan serta kekuatan pelajar
sebagaimana yang diketengahkan oleh Howard Gardner dalam 'Theory of Multiple
Intelligences'. Selain dari pendekatan spesifik dan pendekatan deria, terdapat
tiga perkara utama yang turut dinilai dalam kepelbagaian pengajaran iaitu
'learning styles, 'multiple intelligences theories' serta 'pacing and practice
in instruction. Kesimpulannya, Multi modality instruction jika difahami dan diperhalusi,
ia amat penting untuk dijadikan sebagai panduan dan seharusnya diaplikasikan
serta diadaptasikan dengan penuh kebijaksanaan oleh pendidik dalam usaha
memartabatkan ilmu pengetahuan untuk mewujudkan insan bermotivasi.
2.
Sila
respon untuk isu ini
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) Cuba kaitkan penggunaan video
dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) Cuba kaitkan penggunaan video
dengan peningkatan kesedaran.
JAWAPAN:
-
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.
-
Ledakkan kemajuan teknologi menyebabkan sesuatu kaedah pengajaran turut
barubah. Penggunaan video juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Malah menurut Macknight (1981),
penggunaan klip video sebagai bahan pengajaran boleh membawa situasi sebenar
dalam kehidupan ke dalam bilik darjah dan yang lebih penting lagi membolehkan
murid yang mempelajari subjek bahasa yang autentik secara lisan dalam suasana
yang bermakna dan terkawal. Video memainkan peranan yang penting dalam
meransang pengajaran dan pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen
multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru
sekiranya digunakan dengan baiknya. Guru dengan yakin dapat menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan dan bersistematik. Selain itu, guru juga dapat
memasukkan peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah seperti peristiwa
berkaitan bencana alam ke dalam bilik darjah. Seandainya guru bijak mengurus
masa semasa proses pengajaran dan pembelajaran, sudah pasti pemilihan
penggunaan video akan menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan praktikal.
Stail pembelajaran auditori melibatkan penggunaan video yang mempunyai bunyi
dan bahasa yang digunakan ketika menerangkan sesuatu. Kaedah kinestatik juga
boleh dijalankan semasa penayangan video kepada pelajar. Pergerakkan yang
berkaitan dengan klip video bolah dilakukan oleh pelajar. Kaedah penggunaan
vedio ini dapat membuka minda pelajar dengan lebih jelas disamping mewujudkan
suasanan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen. Ini akan memberi impak
positif terhadap pembelajaran yang dijalankan serta pelajar akan lebih
bermotivasi.
-
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
-
Teknologi pendidikan sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Membicarakan
tentang Ubiquitous learning, ia bukan sahaja merujuk kepada pemerolehan
maklumat di mana-mana tempat atau dari mana datangnya sumber itu, sebaliknya ia
merujuk kepada perkara yang sesuai, masa yang sesuai serta kaedah yang betul.
Ubiquitous learning (U-Learning) membolehkan pelajar belajar tanpa mengira
masa, tempat dan dilaksanakan secara meluas. Ciri-ciri bagi Ubiquitous learning
adalah, berkeadaan kekal (permanency), mudah diperolehi (accessibility), secara
langsung atau kesegeraan (immediacy), Interaktif, kebolehsuaian (adaptability)
dan juga penetapan aktiviti. Penggunaan video dalam ubiquitous learning
melibatkan pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah teknologi yang
digunakan membuka ruang untuk pelajar memperoleh maklumat dengan lebih meluas.
Video yang diperoleh dari sumber seperti youtube dan google memudahkan guru dan
pelajar serta penggunaan teknologi ini memperlihatkan bahawa guru kini
seharusnya menjadikan penggunaan video sebagai salah satu kaedah dalam
pembelajaran. Ini adalah kerana, menurut kajian penggunaan multimedia dapat
memenuhi ciri yang keenan daya ingatan seseorang yang dapat menyimpan 90%
maklumat dengan adanya elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi
yang boleh dipersembahkan secara serentak. Penggunaan video dapat ditayangkan
secara berulang kali dan dimana-mana sahaja tanpa had masa.
-
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
-
“Thinking s any mental activity that helps formulate or solve problem, make
decision, or fulfil a desire tounderstand. It is a searching for answers,
reaching for meaning.” Proses berfikir didorong dengan adanya soalan atau
pertikaian terhadap sesuatu perkara. ‘Higher Order Thinking Skills’(HOTS)
melihat kepada tahap kebijaksanaan pelajar dalam pemikiran mereka. HOTS
merangkumi kemahiran kreatif, pemikiran kritikal, analisis, penyelesaian
masalah, dan juga visual (penggambaran). Ia bertujuan untuk memperoleh
pengetahuan dan penguasaan sesuatu kemahiran supaya pelajar dapat menjalani
kehidupan seharian dengan sebaiknya. Pendekatan ini menjurus kepada
mempengaruhi pelajar supaya lebih yakin dengan kemampuan diri. Dengan
penggunaan video di dalam bilik darjah, ianya dapat mendorong pelajar
mengembangkan aspek pemikiran analitikal, penyelesaian masalah, kajian, logik,
perancangan dan proses pemikiran. Merujuk kepada HOTS , penggunaan kaedah tayangan
video sesungguhnya dapat meransang pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan
melampaui batasan “out of box’ dengan menunjukkan kecemerlangan bukan sahaja
dari segi akademik malah, merangkumi sikap pelajar. Pengajaran dan pembelajaran
yang menitik beratkan HOTS akan dapat mewujudkan modal insan yang lebih
kreatif, analitikal, berfikiran logik dan terperinci. Kebijaksanaan guru dalam
merangka intipati video yang akan ditayangkan kepada pelajar di dalam bilik
darjah akan memberi impak yang bukan sedikit kepada perkembangan pemikiran
mereka. Penigkatan daya fikir pelajar menuntut supaya guru menggunakan kaedah
dan teknik meransang minda yang berkesan Rangsangan dari guru ini dapat
membangunkan pelajar supaya mampu membentuk imej dirinya sendiri dan bukan
sekadar membentuk pelajar dengan cara yang diingininya. Bagi menjana minda dan
membentuk kemahiran pelajar, penggunaan video boleh dijadikan sebagai salah
satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam menepati objektif HOTS.
-
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
-
“Guru yang sederhana akan memberitahu, guru yang baik akan menerangkan, guru
yang lebih baik akan menunjukkan dan sebaliknya guru yang terbaik adalah mereka
yang akan mengilhamkan atau menyemai ransangan.” (William Arthur Ward).
Berdasarkan kata-kata tersebut dapat dijelaskan bahawa guru perlulah menentukan
kaedah yang sesuai digunakan dalam meningkatkan daya kemahiran pelajar.
Penggunaan video mempermudahkan guru dalam memberi penerangan tentang isi
pembelajaran. Penerangan video yang menggabungkan elemen seperti imej, muzik
dan suara latar dilihat mampu memberi penjelasan yang lebih jelas dan menarik
kepada pelajar. Kaedah ini membuka minda pelajar terhadap penggunaan ICT. Malah
pelajar dapat memproses maklumat dengan cepat dan lebih tepat berbanding dengan
hanya sekadar mendengar penerangan guru. Contohnya, dalam subjek sejarah guru
boleh menayangkan video berkaitan dengan terusan suez yang menjadi laluan
penting pedagang dalam aktiviti perdagangan. Penayangan video berkaitan topik
ini akan memberi gambaran kepada pelajar serta kemahiran dalam membentuk
ilustrasi dalam minda di samping memupuk kemahiran menginterpretasi maklumat
yang diperoleh. Selain mempercepatkan proses pengajaran di dalam kelas, pelajar
akan lebih peka dengan sebarang pembaharuan dan dapat mengetahui secara visual
sesuatu maklumat. Ini akan menjadikan pelajar mudah memahami di samping
meningkatkan daya kreativiti mereka. Jelaslah bahawa, penggunaan video dapat
meningkatkan daya kreativiti serta kemahiran pelajar.
-
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
-
“Guru adalah mereka yang berkebolehan meransang atau mengilhamkan, seumpama
menanam pokok di taman dan sesiapa yang tidak tahu dengan apa yang perlu
dilakukan pada durinya, sudah pasti tidak akan memperoleh bunganya.” Guru yang
bijaksana akan memastikan pengajarannya akan dapat meningkatkan kesedaran
pelajar. Penerangan dengan menggunakan video akan lebih memberi impak kepada
perkembangan serta kesedaran pelajar berkaitan isu-isu yang diketengahkan oleh
guru. Sebagai contoh, guru mata pelajaran sivik menayangkan video tentang
peristiwa yang berlaku di negara Palestine atau seorang guru sejarah yang
mempersembahkan video peperangan berkaitan penyerangan Jepun di Tanah Melayu.
Gambaran jelas yang dipaparkan melalui video akan menjadikan pelajar lebih
menghayati. Penghayatan yang maksima terhadap sesuatu isu akan meningkatkan
kesedaran pelajar. Malah pelajar akan menyedari bahawa bukan susah untuk
mendapatkan maklumat dengan penggunaan ICT. Malah pelajar juga boleh
mendapatkan sendiri video berkaitan pembelajaran mereka dengan ilham yang
sempurna dan mantap.
3.
Apakah kekangan jika kita menggunakan video
dalam kelas?
-
Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberi pelbagai impak
positif kepada perkembangan pemikiran pelajar dalam menjana idea yang lebih
kreatif dan bervisi. Namun, terdapat pelbagai kekangan apabila guru menayangkan
video di dalam kelas. Antara kekangan yang dihadapi oleh guru adalah seperti
berikut :
-
Bagi guru yang bermotivasi, masa ibarat emas. Kebijaksanaan penggunaan masa
amat penting supaya semua objektif tercapai semasa sesi P&P berlangsung.
Kesuntukkan masa adakalanya memberi tekanan kepada guru kerana tidak dapat
menayangkan video dalam tempoh yang lama. Proses mengendalikan peralatan ICT
juga adakalanya mengambil masa yang agak lama sekiranya ia bermasalah.
-
ii) Masalah projektor atau LCD
-
Tidak semua sekolah-sekolah di negara ini menyediakan peralatan ICT di setiap
kelas. Terdapat beberapa kelas sahaja disediakan peralatan tersebut. Malah, ada
juga sekolah yang hanya mempunyai 2 atau 3 bilik sahaja yang mempunyai
peralatan ICT. Ini meyebabkan guru-guru terpaksa menunggu giliran untuk
menggunakan bilik tersebut.
-
iii) Kerosakan peralatan ICT ( projektor/LCD)
- Bukan semua guru mahir mengendalikan atau
memperbaiki peralatan ICT yang terdapat di bilik darjah. Tanpa juruteknik khas,
guru menghadapi masalah dalam pengendalian peralatan ICT sekiranya ia mengalami
kerosakkan. Segala perancangan guru akan tergendala disebabkan masalah
tersebut.
-
iv) Masalah elektrik di sekolah.
- Masalah ini seringkali
melanda terutama sekolah yang terletak di luar bandar. Sekiranya masalah ini
berlaku, guru tidak dapat menayangkan video yang ingin dipersembahkan kepada
pelajar semasa proses p&p berlangsung.
Terdapat juga pelajar yang merosakkan
peralatan ICT yang disediakan di dalam kelas. Isu ini bukanlah suatu fenomena
baru, malah ia menjadi isu yang seringkali didedahkan oleh pihak sekolah.
Pelajar yang menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini memberi
masalah kepada guru apabila ingin menggunakan projektor/LCD untuk menayangkan
video.
-
vi) Pelajar tidak dapat mendengar dengan jelas.
Semasa video ditayangkan, adakalanya
pelajar tidak mampu untuk menghayati serta mendengar intipati yang terkandung
dalam video yang ditayangkan oleh guru. Ini disebabkan oleh pelajar kelas
berhampiran membuat bising. Keadaan ini seringkali berlaku semasa sesi
penayangan video.
vii) Penguasaan guru dalam
bidang ICT
Terdapat segelintir guru
yang masih kekok mengendalikan peralatan ICT. Malah ada yang tidak tahu
menggunakannya dengan berkesan. Ini turut memberi masalah dalam p&p kerana
guru tersebut perlukan pertolongan guru lain untuk menolongnya. (terutama guru
senior).
viii) Terdapat video yang
mempunyai limit tayangannya.
Sukar untuk memperoleh
video yang lengkap untuk menerangkan isu yang ingin diketengahkan oleh guru
semasa p&p.
5)
Assignment manipulatives
-
Manipulatif merupakan bahan bantu mengajar yang boleh ditunjukkan kepada
pelajar dan boleh dikendalikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaannya akan dapat menarik minat pelajar kerana pelajar dapat mengendali
dan melihatnya dengan jelas. Manipulatif terbahagi kepada tiga iatu bahan
sebenar (real objects), models dan mock-up.
Bahan
sebenar (Real Objects)
Bahan sebenar adalah melibatkan
benda-benda seperti wang kertas,duit syiling, artifak, tumbuh-tumbuhan,
binatang dan sebagainya. Ia dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bergantung kepada topik yang
hendak dibincangkan.
- Model ditampilkan dalam bentuk
tiga dimensi sebagaimana yang dipersembahkan oleh bahan sebenar (real objects).
Ia dilihat sebagai rujukan yang lebih konkrit jika dibandingkan dengan gambar,
lukisan atau videotape. Model boleh didatangkan dalam saiz tertentu, ada
kalanya mungkin lebih besar, kecil atau sama saiznya dengan objek sebenar yang
ingin ditunjukkan. Aktiviti dalam bilik darjah dengan menggunakan model dapat
meningkatkan semangat ingin tahu pelajar dan membantu mereka dari aspek
kognitif dan psikomotor.
-
Untuk memudahkan guru menyampaikan sesuatu konsep, kaedah mock-up sering kali
digunakan. Contohnya komputer mempunyai komponen-komponen dalamannya yang
tersendiri. Guru boleh melabelkan komponen tersebut atau aktiviti melibatkan
penyediaan sistem elektrik di mana aktiviti boleh melibatkan pembabitan pelajar
dalam penyediannya asalkan tidak mendatangkan resiko kepada mereka.
-
Pemilihan dalam pengajaran:
- Berdasarkan ketiga-tiga jenis
manipulatif yang dinyatakan di atas, saya memilih untuk menggunakan bahan
sebenar (real objects). Dalam pengajaran sejarah contohnya ketika menerangkan
berkaitan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga merupakan salah satu
permainan yang digemari ketika itu. Permainan ini wujud sejak 600 tahun dahulu.
Sepak raga bukan sahaja menjadi permainan golongan bangsawan Melaka ketika itu
malah, turut diminati oleh rakyat jelata. Sejarah Melayu juga menceritakan
bagaimana Sultan Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal
tanjaknya disebabkan terkena tendangan bola raga Tun Besar. Akibatnya Tun Besar
anak kepada Bendahara Melaka yang terkenal iaitu Tun Perak telah dibunuh.
Sebagai bendahara yang berpengaruh beliau mempunyai kuasa untuk melantik raja
Melaka. Akibat dari pembunuhan itu jugalah menyebabkan Tun Perak tidak melantik
Sultan Muhamad sebagai raja Melaka sebaliknya menjadikan baginda sebagai sultan
Pahang. Topik pembunuhan Tun Besar oleh Sultan Muhammad akibat terkena
tendangan bola raga Tun Besar memperlihatkan kekejaman Sultan Muhammad dan
kisah ini memberi impak yang cukup besar dalam susun lapis kesultanan Melayu
Melaka. Justeru, untuk mendekatkan lagi pelajar dengan kisah silam ini, saya
akan membawa bola raga untuk ditunjukkan kepada pelajar dan membawa pelajar
keluar dari kelas dan mencuba permainan tersebut. Ia kelihatan ringkas, namun
akan memberi kesan emosi terhadap pelajar dalam menghayati cerita sejarah yang
diperbincangkan pada hari itu. Ia bukan sahaja melibatkan kemahiran kognitif
pelajar malah kemahiran psikomotor juga telah diterapkan. Ini akan memberi
kesan emosi yang mendalam kepada pelajar di mana mereka boleh mencuba permainan
yang sangat diminati sejak abad ke-15 masihi oleh golongan bangsawan Melaka.
Malah secara tidak langsung memberi peluang generasi baru mencuba permainan
tradisional yang kini dikenali sebagai sepak takraw. Walaupun guru tidak boleh
menunjukkan kisah sebenar yang berlaku pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka,
hanya menceritakan kepada pelajar tetapi dengan perkaitan yang kuat antara bola
raga dengan topik yang dibincangkan ini, sudah pasti akan memberi kesan
mendalam terhadap emosi pelajar.
-
Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan dalam usaha untuk menarik minat pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata pelajaran Sejarah sering kali
dikaitkan dengan istilah bosan dan sukar mengingati fakta. Oleh itu usaha dan
percubaan tertentu perlu dilakukan oleh guru untuk menyingkirkan persepsi
tersebut dari minda pelajar di samping meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar
terhadap mata pelajaran ini. Selain dari pembelajaran di dalam bilik darjah
saya akan memilih kaedah field trip sebagai salah satu langkah mendekatkan lagi
pelajar dengan fakta sejarah dan gambaran sebenar. Field Trip merupakan lawatan
lapangan untuk proses pembelajaran sebenar melibatkan manusia atau objek yang
memberi kesempatan kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman ‘firsthand’.
Aktiviti ini memberi ruang kepada pelajar untuk merasai fenomena yang tidak
dapat dibawa ke dalam bilik darjah. Contohnya, untuk menghayati sejarah
pembinaan candi di Lembah Bujang Kedah, saya akan membawa pelajar membuat
lawatan ke tapak bersejarah tersebut. Lawatan ini dapat memberi gambaran
sebenar kepada pelajar dan pembelajaran akan lebih menarik melalui pengalaman
yang mereka terokai. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan alam maya untuk
penerokaan bukti dengan melayari laman web http://www.mymalaysiabooks.com/images/mykedah...
Laman ini juga boleh membantu pelajar melihat kesan-kesan peninggalan sejarah di
Lembah Bujang , Kedah. Kaedah yang saya gunakan ini bertepatan dengan apa yang
diperkatakan oleh Bandura (1986) dalam teori perlakuan model menekankan
perhubungan rapat di antara persekitaran dan individu dalam mempelajari
sesuatu. Menurut beliau, persekitaran turut memainkan peranan penting dalam
menjana daya kognitif individu. Penjanaan ini akan menentukan serapan maklumat
kekal atau pun sebaliknya untuk digunakan di masa akan datang. Jelaslah bahawa
pengalaman merupakan pengajaran yang terbaik untuk meneroka bukti dan melihat
sendiri kesan-kesan sejarah. Pengalaman sebenar ini akan menambahkan lagi
keyakinan pelajar, memberi galakkan semangat, meningkatkan lagi perasaan ingin
tahu pelajar di samping memberi impak emosi yang mendalam terhadap pelajar. Ini
juga merupakan salah satu motivasi yang akan meningkatkan lagi kecintaan
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
i)
Apa
kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
ii) Nyatakan lima konsep
utama menonton dan menghasilkan video.
iii) Terangkan bagaimana
pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
iv) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan
menyokong pembelajaran pelajar?
iv) Nyatakan proses
Video literasi merupakan satu kaedah yang
digunakan sebagai perantara untuk menyampaikan maklumat menggunakan tayangan
video yang terkandung di dalamnya maklumat atau mesej yang mempunyai pergerakan
dan suara.
Pelajar mempunyai pilihan untuk menonton video
pendidikan program di bilik darjah yang melibatkan penggunaan ‘digital
projector’ , television yang mempunyai screen besar atau ditayangkan dalam
skala yang lebih kecil seperti penggunaan komputer, netbooks, iPad, dan iPhone.
Apabila kita menggunakan kaedah penayangan video ini dalam pengajaran dan
pembelajaran ini menunjukkan penglibatan proses dari semua peringkat Taxonomy
Bloom’s.
Lima konsep utama menonton video :
a)
Mengenal
pasti siapakah yang menghasilkan video tersebut.
b)
Apakah
teknik kreatif yang digunakan untuk menarik minat menonton video tersebut.
c)
Bagaimana
penonton dapat memahami mesej yang pelbagai melalui tayangan video tersebut.
Adakah video tersebut berjaya membuatkan penonton berfikir tentang mesej yang
ingin disampaikan.
d) Apakah tujuan video itu dihasilkan. Ini dapat
dikenal pasti melalui mesej yang
diketengahkan oleh pencipta video.
Penghasilan video perlu dititikberatkan kerana hasilnya akan mempengaruhi
penerimaan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton (pelajar). Pentingnya
konsep tertentu untuk membantu pelajar menghasilkan video literasi dan
kemahiran mengeluarkan video. Untuk menghasilkan video, memerlukan kemahiran
berfikir yang mantap dengan penggunaan format yang tertentu iaitu menceritakan
perkara yang ingin disampaikan, mengembangkannya, memperbaiki, mentafsir atau
menilai kembali penghasilan video tersebut supaya perkongsian mesej tercapai.
Lima konsep utama yang perlu dititikberatkan
untuk menghasilkan video:
1) Adakah saya seorang pengarang. (penghasil video)?
2) Adakah mesej yang hendak disampaikan
melibatkan kreativiti dan teknologi yang memberi kesan pemahaman yang baik
kepada penonton?
3) Adakah mesej yang ingin disampaikan
berkaitan dengan audience (penonton)?
4) Adakah nilai dan cara hidup diterapkan dalam mesej yang disampaikan melalui
video?
5) Adakah mesej yang ingin disampaikan jelas dan memberi kesan yang sewajarnya
kepada penonton?.
Pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video untuk memperkenalkan
sesuatu topik, mengulas isi kandungan, memberi pemulihan dan mencadangkan
pengayaan. Video adalah bersesuaian dengan hampir semua topik untuk semua jenis
pelajar dalam semua domain pengajaran.
1- Kognitif
Melalui cognitive domain pelajar boleh
memantau perjalanan hidup sebenar dalam pelbagai bentuk drama tentang kehidupan
sebenar dalam pelbagai bentuk video- warna, suara dan pergerakan yang akan
wujudkan kesan yang lebih semasa tontonan- video. Pelajar seharusnya boleh
meneruskan pembacaan selepas atau sebelum menonton video untuk lebih memahami
isi kandungan (masej) video tersebut.
2- Afektif
Video yang terhasil akan lebih berkesan
sekiranya ia diserikan dengan elemen berteraskan emosi. Literasi video
kebiasaannya akan memberi kesan yang baik di mana contoh dan mesej dramatik
yang ditampilkan pastinya mempengaruhi sikap dan tindakan. Ini adalah
disebabkan video boleh memberi impak yang mendalam dari aspek emosi sehingga
mempengaruhi corak personaliti serta sikap penonton. Sebagai contoh tayangan
video berkaitan program dokumentari, memberi kesan mendalam terhadap sikap
pelajar seperti kesan kesedihan yang luar biasa jika memaparkan tentang kisah
kedukaan atau kesusahan yang mereka tidak pernah merasai atau melaluinya.
Malah, pelajar akan memahami budaya dalam pelbagai aspek kehidupan secara
menyeluruh.
3- Psikomotor
Tayangan video merupakan proses terbaik
melibatkan kemahiran ‘motor’ (pergerakan). Kemahiran psikomotor dapat
diperlihatkan dengan lebih mudah melalui media dari kehidupan sebenar.
Sekiranya kita menayangkan video mengikut proses atau susun aturnya tersendiri,
kita boleh mempercepatkan atau melambatkan pengajaran mengikut kepentingan yang
sesuai. Malah kita boleh memilih untuk mengulangi bahagian yang penting untuk
difahami dan dihayati oleh pelajar. Persembahan atau pembentangan pelajar juga
boleh divideokan dan kemudiannya memberi pandangan masing-masing.
4- Interpersonal
Pelajar boleh merakamkan pembentangan mereka
sebelum menghantarnya kepada pensyarah atau guru. Melalui video rakaman mereka
dapat memperbaiki persembahan dan meningkatkan kualiti pencapaian. Mereka dapat
berkongsi maklumat sesama mereka di samping memberi komen membina.
1. Dokumentari-
Memberitahu cerita benar tentang situasi dan
watak sebenar. Video adalah medium yang utama dalam dokumentasi sebenar atau
lakonan untuk dibawa ke kelas dan mudahkan pelajar untuk memahami sesuatu
maklumat. Ia biasanya berkaitan dengan fakta, fiksyen dan bukan fiksyen yang
memaparkan kisah atau situasi sebenar. Sebagai contoh, Public Broadcasting
System menghasilkan dokumentari yang mantap seperti video ‘To The Ends Of The
Earth’ yang membolehkan pelajar merasai pengalaman perjalanan laut berdasarkan
novel William Golding’s. Selain itu, program seperti National Geographic
mendedahkan dokumentari terkini berkaitan sains, budaya dan alam yang boleh
dilayari melalui internet selain ditayangkan di televisyen. Semua contoh
tersebut menceritakan tentang kisah, situasi dan watak sebenar.
2. Dramatik (Unsur Drama)
Menarik
perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai
pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama. Video memiliki
kuasa untuk kawal pelajar kerana ia ibarat menonton drama/filem berkaitan
sastera klasik seperti Anne of Green Gables, Hamlet dan Moby Dick dan
sesungguhnya dapat meluaskan peluang bagi pelajar untuk membuat perbandingan
antara membaca teks cerita dan menonton video. Bagi fiksyen sejarah pula
seperti Shogun and War and Peace menggunakan kombinasi fiksyen dan fakta yang
berkait degan peristiwa sejarah. Unsur drama boleh membina karakter pelajar
supaya menjadi lebih bersikap positif seperti bekerjasama, keyakinan diri,
berbudaya dan sebagainya.
3- Penceritaan Video
Memberi
peluang kepada pelajar supaya kreatif semasa menulis, literasi visual dan
kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan
idea melalui penceritaan. Ini adalah disebabkan sikap semula jadi manusia yang
suke bercerita dan mendengar cerita. Penceritaan dapat membina kreativiti pelajar
melalui penulisan, pembacaan secara visual dan juga kemahiran dalam penghasilan
video.
4- Kembara Ke Dunia Sebenar-
Video berguna untuk bawa pelajar ke tempat
yang sukar dilawati sendiri oleh mereka seperti Hutan Amazon, Hutan di New
Guinea atau di Pulau Galapagos. Pelajar dapat merasai seolah-olah lawatan
sebenar ke Piramid di Egypt, berjalan di Tembok Besar China atau meneroka ke
Akropolis di Athens. Jelaslah bahawa tayangan video dapat membina pengetahuan
yang lebih selain daripada mendengar/terima pengajaran daripada guru ataupun
melalui pembacaan.
Memilih video daripada sumber yang
dipercayai adalah penting untuk memastikan kualiti bahan atau isi kandungan.
Jika video dipilih dengan teliti, bahan tajaan akan menjadi bahan tambahan bernilai
dalam pengajaran bilik darjah. Selepas memilih video, gunakan alat penilaian
untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Borang penilaian dapat menolong
guru untuk memilih bahan yang dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran.
1- Pemilihan Video
Kebanyakan guru mendapatkan video melalui
pelbagai cara seperti dari internet kerana ianya mudah ditayangkan di dalam
bilik darjah. Selain itu, perpustakaan di sekolah juga menyediakan tempat dan
bahan untuk mendapatkan video pembelajaran.
2- Penilaian Video
Selepas membuat pemilihan jenis video yang
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah membuat penilaian
supaya ianya sesuai dengan pengajaran
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri
reka cipta visual
Proses Dan Ciri-Ciri Reka Cipta Visual .
Reka cipta visual penting untuk
diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan lebih
tertarik dengan penghasilannya mengikut ciri-ciri yang perlu dipenuhi untuk
reka cipta visual. Ia melibatkan penggunaan komputer, program multimedia, bahan
cetak, papan putih, penggunaan kertas lut sinar, Power-Point Slide dan papan
buletin.
Ciri-ciri Reka Cipta Visual
1) Susunan /penyusunan
Langkah pertama adalah memerlukan anda untuk
menentukan elemen yang ingin diletakkan di dalam visual. Penyusunan dibuat
supaya penonton dapat melihat dengan jelas dan tersusun serta memahami apa yang
divisualkan. Contohnya power point slide, multipage handout,. Kita seharusnya
konsisten dengan susunan elemen yang telah dikenal pasti. Ini akan memudahkan paparan
visual yang dihasilkan.
2) Keseimbangan
Terdapat beberapa jenis keseimbangan iaitu
keseimbangan biasa/rasmi dan keseimbangan tidak rasmi atau tidak seimbang. Jika
elemen visual yang dipaparkan dalam slide design berulang ia disifatkan sebagai
keseimbangan formal. Melalui asymmetrical atau tidak formal melibatkan elemen
yang berbeza dari setiap side contohnya satu bulatan besar dalam satu bahagian,
tiga bulatan kecil dan sebagainya. Keseimbangan tidak formal dilihat lebih
menarik dan dinamik. Tulisan dan gambar juga perlu diseimbangkan mengikut
kesesuaian visual yang ingin dipaparkan. Secara keseluruhannya kita perlu
mengelakkan dari penggunaan yang tiada keseimbangan dengan menggunakan
pembahagian yang betul untuk menarik minat penonton.
3) Warna
Apabila kita membuat pilihan warna perkara
yang perlu dipertimbangkan adalah keharmonian warna supaya terdapat hubungan
antara spektrum warna-warna tersebut. Warna yang bertentangan disebut sebagai
pelengkap warna. Walau bagaimanapun kita seharusnya mengelakkan penggunaannya
secara menyeluruh seperti gabungan warna merah dan hijau, jika penggunaannya
diaplikasikan di atas skrin atau dalam power point, tulisan tidak dapat dilihat
dengan jelas. Mata juga tidak dapat fokus dengan baik kedua-dua warna itu dalam
masa yang sama. Analogi warna adalah seperti blue-green dan blue-bleu-violet.
Warna-warna ini disifatkan sebagai warna yang menyenangkan untuk dipilih.
Perbezaan dalam gabungan warna akan menyebabkan kesan warna/imej visual yang
berlawanan.
4) Mudah dibaca
Sesuatu visual yang dihasilkan mesti boleh
dilihat dengan mudah dari segi imej dan perkataan. Visual yang dihasilkan juga
boleh dipertingkatkan dengan pembesaran saiz imej, huruf dan perbezaan bentuk
objek yang dipaparkan. Pelajar tidak dapat belajar dengan sempurna sekiranya
mereka tidak dapat melihat visual yang ditayangkan dengan jelas.
5) Menarik
Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan
visual yang menarik menerusi gaya, kejutan, bentuk dan hubung kait. Antara
kaedah yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan visual dua dimensi, tiga
dimensi yang mempunyai bentuk atau menggunakan objek nyata. Selain itu, visual
yang dihasilkan perlu ringkas dan bersesuaian dengan pemilihan perkataan dan
gambar.
6) Rekaan Universal
Visual perlu sesuai dengan umur, kebolehan dan subjek penonton. Malah, tahap
pembelajaran atau bakat penonton perlu dikenal pasti dan disesuaikan dengan
visual yang dihasilkan. Ia juga perlu fleksibel, ringkas dan seimbang.
-
Proses Menghasilkan Visual
1) Perancangan alatan
Storyboard merupakan salah satu strategi
perancangan yang diadaptasi dari filem dan penghasilan video yang menggalakkan
anda untuk menyusun hasil kerja yang kreatif menggunakan thumbnail sketches
atau sesuatu yang ringkas dalam persembahan visual. Index card juga boleh
digunakan kerana ia murah dan sesuai digunakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Self stick juga menjadi pilihan kerana boleh ditampal di mana-mana seperti di
meja, dinding, papan pitih, bulletin board dan sebagainya.
2) Teknik menulis
Teknik menulis boleh digunakan dalam visual
dengan menggunakan pen marker yang pelbagai warna dan saiz yang berbeza.
Potongan huruf juga boleh digunakan untuk menghasilkan huruf yang menarik.
3) Lukisan/lakaran/kartun
Tidak perlu menjadi ‘artist’ utk melukis dengan baik. Ini disebabkan idea yang
menarik dan lakaran yang baik akan menghasilkan sesuatu yang sempurna. Malah,
lakaran ringkas juga memudahkan penonton memahami apa yang ingin disampaikan.
Hanya dengan sedikit latihan anda mungkin dapat menghasilkan lukisan yang
menarik. Lukisan yang ringkas dapat gunakan pada whiteboard, bulletin board dan
kertas lut sinar.
4) Clip Art
Saiz dan kedudukan clip art boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian dan boleh didapati secara percuma daripada internet. Saiz imej
boleh diubah mengikut kesukaan anda.
5) Lakaran Visual menggunakan komputer
Kita juga boleh menggunakan program melukis untuk layout design. Kebanyakan
komputer yang mempunyai program grafik, menyediakan kid pix, iWorks, Photoshop,
& Adobe ilustrator yang didatangkan bersama ratusan ribu rajah dan boleh
mendominasi visual dalam pelbagai cara. Kaedah ini dicipta untuk program yang
menggunakan komputer, digital projector, atau diletakkan pada kertas dan
digunakan sebagai paksi untuk menghasilkan transparencies.
6) Membuat persembahan grafik
Menggunakan Microsoft Power Point &
Apple Key note dengan memilih jenis visual yang dikehendaki. Kemudian kita akan
menulis imej untuk disesuaikan. Cara atau kaedah penghasilannya boleh diperoleh
dari internet. Kita boleh mengawal rajah sebagaimana yang kita kehendaki.
7) Membuat lakaran lut sinar
Cara mudah membuat atas kertas lut sinar
adalah dengan menggunakan pen marker dan pastikan bentuk tulisan yang sama
dipaparkan pada projektor dengan menggunakan ‘overhead projektor pen’ serta
dapat menghasilkan imej yang berwarna.